Sunday, 27 September 2015

FORUM SYARIAH DAN KELUARGA ; NEGARA DAN KELUARGA BERPISAH TIADA

19/9/2015 - Sabtu - 10.10 Pagi ;

YB Kamarol Zaki Malik hadir dan merasmikan Forum Syariah Dan Keluarga ; "Negara Dan Keluarga,Bepisah Tiada" anjuran bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ,Pesatuan Pegawai Syarie Malaysia (PPSM) dan Biro Agama & Modal Insan Dun Sungai Air Tawar di Dewan Seri Peladang,Simpang 4 BNO. Program ini dapat membuka mata masyarakat tentang fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam program itu juga disediakan kaunter Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) , Jabatan Bantuan Guaman (JBG) , Kaunter Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) & Persatuan Pegawai Syarie Malaysia (PPSM) , kaunter pemeriksaan kesihatan percuma & kaunter tentang bahaya nyamuk (KKM) , kaunter solekan Kolej Komuniti (KKSB) dan kaunter untuk wanita mencegah jenayah (Amanita) . Forum yang membincangkan hal ehwal rumah tangga ini dibarisi Pakar-pakar syariah.Barisan ahli panel forum ialah Tuan Mohd Ridzwan Bin Husin (Peguam Syarie) , Prof. Datin Dr. Noor Aziah Binti Mohd Awal (Timb.Naib Canselor HEP UKM) dan Puan Hajah Noor Hadina Binti Ahmad Zabidi (Timb.Ketua Pengarah Syariah,Jabatan Bantuan Guaman-JBG).




























No comments:

Post a Comment